29 May 2009

Pakej Murah gila hanya pada 30/05/2009...

Salam sejahtera...


Seperti mana tawaran lelong saanen & boer kami, tidak lengkap kiranya kami tidak sertakan pakej boer pada hari tersebut! Jadi kami 'lelong' pada harga yang amat sangat wajar untuk anda miliki..


Kami akan 'offer gila' pakej boer pada anda harga yang paling menarik bagi peminat boer aussie yang telah stabil di kandang kami sempena karnival 'Kambing Se-Malaya' nanti..


Bagi yang tidak berkesempatan hadir tu boleh order pada kami secara 'online' dengan email kambingmalaya@yahoo.com @ halo-halo sahaja pun kami terima... Janji kami akan beri anda baka yang terbaik, terberat & insyaallah termurah (tak suka tolak tepi jer)!


1) Pakej boer bagi F1/F2 25kg hanya RM550/ekor dengan belian 10 ekor sahaja
&
hanya RM520/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..


2) Pakej boer bagi F3/F4 25kg hanya RM700/ekor dengan belian 10 ekor sahaja
&
hanya RM670/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..

3) Pakej boer induk F1~F4 purata 40kg hanya RM780/ekor dengan belian 5 ekor sahaja &

hanya RM750/ekor dengan belian 10 ekor sahaja..



Jadi apa perlu tunggu? Ohooooooo mai datang karnival kami & nego ler dengan kami nanti!!!! Passssssssssstiiiiiiii Muuuuuuuuuraaaaaaaaahhh...


Nota: Harga ini sah laku pada hari tersebut sahaja!


Belian pukal & tempahan amat kami alu-alukan... Janji kami, Beri Kepuasan Yang Paling Maksimum Buat Anda.. Yang Murah Memang Pasti Murah! Insyaallah Amen..

Saanen Lelong? Murah?

Salam Sejahtera,


Betul tajuk nie... Kalau tak percaya leh halo-halo dengan kami dulu untuk pengesahan TETAPI ianya valid pada hari minum sepetang bersama KMN sahaja & harga akan mengikut pada harga asal selepas tamatnya majlis ini nanti... 5 ekor dara saanen unreg 25~30kg nie adalah antara baka yang akan kami lelong pada hari "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya" nanti! Kami buka tawaran kepada anda semua pada harga bermula RM1,250.00/ekor sahaja.. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat sila renungkan harga yang anda fikirkan patut untuk dibawa pulang ke kandang anda nanti! Oh ya, lelongan hanya dikandang sahaja, bukan online.. Rebutlah peluang Saanen 'mampu beli' untuk anda miliki segera... Sekali lagi, HANYA 5 EKOR YA KAMI LELONG!



Rie & saanen yang akan dipindah milik..

Zul & saanen manja yang akan mencari tuan baru..


Salam,
Admin KMN

Boer Lelong? Murah? Yaaaaaaaaa...

Salam sejahtera...

Seperti mana tawaran saanen kami, boer juga menjadi pilihan akan kami lelong pada harga yang amat wajar untuk anda miliki.. Oleh itu kami tawarkan pada anda dengan 5 ekor kambing boer F1/F2 dara 25~30kg & 5 ekor saanen cross 25~30kg pada harga 'letup'!


Opssssss datang tu bawa duit deposit & kalu berkenan tu sebat jer (pasti murah!!!).. Kami buka tawaran pada harga serendah RM5,000 sahaja.. Mengikut terma & syarat lelongan! Hahahaha

27 May 2009

ADUN Sijangkang Merasmikan SSK Se-Malaya II

UPDATE 27 MAY 2009!

ADUN SIJANGKANG
YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi,
sudi untuk merasmikan majlis:


30 May 2009, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.

ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:


1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
2.00-2.05ptg: Majlis bermula dengan bacaan doa.
2.05-2.20ptg: Ucapan dan perasmian oleh YB ADUN Sijangkang
2.20-2.30ptg: Ucapan pengenalan Kambing Malaya Network
2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen: Realiti Dunia Perkambingan"
3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
7.00ptg: Bersurai


Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Saiful 012-2846292

Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

************************


Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih di atas maklum balas & sambutan daripada rakan-rakan ternak dan orang perseorangan yang akan menghadiri SSK Se-Malaya II nanti.

Oleh yang demikian, bagi anda yang ingin hadir ke majlis ini nanti, dengan rendah hati, baik kiranya saudara menghubungi:-

Zul 019-3232529 atau Saiful 012-2846292

Ini bagi menjamin kelancaran aturcara majlis, kapasiti makanan & keperluan fasiliti pada majlis ini dengan meminimumlan sebarang kelemahan dan kesulitan.

Cukup sekadar sms... pun ok!

Terima kasih.
Kerjasama anda sangat dihargai.

22 May 2009

Kambing Sembelihan Yang "HOT"

Salam semua,

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba. Maka berjajarlah jadual kenduri kendara. Jadi Kambing Malaya ingin membuat sedikit sumbangan khidmat masyarakat. Supaya dengan tawaran harga yang "HOT" ini, hubungan kita semakin dekat.

Memandangkan kami masih mempunyai stok feral sembelihan. Harga yang kami tawarkan exfarm:

RM430/ekor. Minimum pembelian 10 ekor.


Kami juga baru membawa masuk boer weather (sembelihan). Harga exfarm yang kami tawarkan:

RM520/ekor. Minimum pembelian 10 ekor.


Tapi kadang-kadang deal dengan kawan-kawan yang selalu ambil kambing dengan kami, memeningkan kepala. Hahaha.. Minta harga & spec kambing yang bukan-bukan. Tapi kami tetap sokong kawan-kawan yang buat bisnes. Kami layan ajelah. Lepaskan stok yang kami ada, dengan "harga kawan-kawan". Hahaha...

Aiman tak kisah, jangan Aiman makan "harga pokok" sudah....

21 May 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya II

Salam saudara-saudari,

Kami, daripada Kambing Malaya Network sekali lagi menganjurkan "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya". Sekali lagi juga, kami menjemput saudara-saudara semua yang meminati atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perkambingan menghadiri majlis ini.

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).

30 May 2009, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.
ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:
  • 1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
  • 2.00-2.30ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
  • 2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
  • 3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
  • 4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
  • 4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
  • 5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
  • 7.00ptg: Bersurai

*Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

Peta untuk ke lokasi:
Untuk paparan peta yang lebih jelas sila KLIK

19 May 2009

Jualan Mega Murah Gila

Salam Sejahtera

Kami dengan sukacitanya menawarkan baka boer Australia murah gila...!!

Anda jangan khuatir, kerana baka boer yang kami bawa masuk ini telah distabilkan selama hampir 2 bulan di kandang. Malah, kami telah memberi keistimewaan kepada beberapa ekor pejantan untuk berkahwin dengan mereka. Kini sedia membiak, beranak pinak dikandang saudara!

Jadi apa tunggu lagi, sementara stok masih banyak. Harga boleh nego! Dan paling utama, "siapa cepat, yang gebu dia dapat." Saudara berhak memilih mana yang berkenan dihati (besar, gemuk, cantik? Janji puas hati lorrr)

Belian pukal sangat kami alu-alukan!!

Harga kami murah? Bukan niat kami nak 'kill market' tapi stok yang kami bawa ini, banyak sangat sehingga ?,000 ekor, yang sedia untuk dijual.

Dengan kerjasama rakan network kami, maka pada minggu lepas kami telah memindahkan sedikit ke kandang Al-Falah (Jalan Kebun) untuk tatapan, tempahan & jualan.

Seperti biasa kami sediakan boer betina yang sihat-sihat dengan pelbagai gred F1/F2 & F3/F4. PERCAYALAH memang murah gila..

Sehari selepas penghantaran ke kandang Al Falah

Boer betina F1/F2
berat purata 25kg hanya rm600/ekor
&
Boer betina F3/F4
berat purata 25kg hanya rm780/ekor

Yang ini, induk-induk 11 bulan hingga 14 bulan

Induk boer F1 hingga F4
berat purata 35~40kg hanya rm850~900/ekor


Namun, bagi saudara yang memerlukan baka boer tempatan, stok masih ada untuk anda. Ada beratus-ratus ekor juga lah.... Jangan segan nak bertanya, walau dengan sms.

Hubungi kami segera!! Berminat atau ingin tahu tentang: "Jualan Mega Gila, Harga Murah Gila!"

14 May 2009

Geng Kepak + BBQ + XXX = BMW



KAMI AKAN MENGANJURKAN SEKALI LAGI
SEPETANG SANTAK SANTAP KAMBING SE-MALAYA
INSYAALLAH 30 MAY 2009


DI MANA?
DI KANDANG?
APA YANG MENARIK?
MAKAN APA?
PERCUMA?
SIAPA YANG HADIR?
TUNGGUUUUUUUU...........
JAWAPANNYA SEBENTAR NANTI

11 May 2009

Khasiat & Jualan Susu Kambing

Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".

Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Sebenarnya yang "panas" adalah kertas bewarna yang perlu dikeluarkan dari poket!

Manakan tidak! harga pasaran susu kambing 250ml harganya mencecah RM10/botol. Malah, akibat terdesak, ada yang sanggup membeli RM60.00/botol 500ml!

Ini kerana, kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Dan. Faktor lain yang menyebabkan ia agak mahal kerana, ia merupakan minuman yang berasaskan perubatan. Bukan sekadar untuk kalsium atau tenaga. Malah, ia diakui mengandungi gizi yang lengkap dan baik untuk perubatan homopati & kesihatan.

Inilah nilai perubatan yang saya maksudkan. Yang mana kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-



  1. Demam Kuning (Jaundice)
  2. Gastrik
  3. Migrain
  4. Masalah darah tinggi
  5. Masalah penyakit kulit
  6. Insomnia (sukar tidur)
  7. Senggugut
  8. Lelah (asma)
  9. Buah pinggang
  10. Lemah Tulang (Osteoporosis)
  11. Ekzema
  12. Hepatitis A
  13. Ulcer Perut
  14. Pucat (Anaemia)
  15. Penyakit Batuk Kering
  16. Pemulihan selepas pembedahan
  17. Alah kepada susu lembu
  18. Perawatan kulit
  19. Memulihkan tenaga batin
  20. Membantu pembinaan darah dan tisu
  21. Membantu pembentukan tulang dan gigi
  22. Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
  23. Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
  24. Menambahkan selera makan kanak-kanak
  25. Sakit lemah jantung di peringkat awal
  26. Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
  27. Sakit sendi dan buah pinggang
  28. Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
  29. Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
  30. Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
  31. Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri

Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.


Susu kambing merupakan susu yang membawa tindak balas alkali. Iaitu sama dengan susu ibu. Sedangkan susu lembu membawa tindak balas asid.

Oleh itu susu kambing, memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut. Ia bertindak balas dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Selain sunnah, khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, yang menyebabkan saya begitu teruja untuk berkongsi informasi. Disamping mempopularkan susu kambpng dalam minuman kita.

MEMPUNYAI PERISA ASLI, COKLAT & STRAWBERRY

Jualan susu kambing segar
Pembelian minimum 10 botol.
AGEN DIPERLUKAN
(harga tidak termasuk kos penghantaran)
Hubungi: 019-6752529 (rie)


SUSU KAMBING SERBUK, PRODUK TEMPATAN

Jualan susu kambing serbuk yang lebih ekonomi
RM36.00 (Semenanjung)
RM41.00 (Sabah & Sarawak)
AGEN DIPERLUKAN
(harga tidak termasuk kos penghantaran)
Hubungi: 019-6752529 (rie)

10 May 2009

Penghijrahan ke Gemencheh, Nogori Sembilan

Alhamdulillah..... Syukur ke Hadrat Ilahi.

Petang tadi. 9 hb May. 20 ekor feral yang hensem. Sepasang boer yang romantik. Sepasang damara yang "bagai pinang dibelah dua". Telah selamat berhijrah ke Tanah Penuh Adat.

Mungkin disebabkan terdapatnya dua pasangan yang baru berkahwin. Bersama-sama rombongan ini. Maka, perjalanan berlalu dengan indah & damai. Mungkin ada kaitannya dengan keberkatan pasangan tersebut yang berkahwin muda (setelah cukup usia). Ini kerana, dengan perkahwinan, InsyaAllah dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. Amen... (errr... tazkirah ke ni?).

Kambing & bebiri yang kami tawarkan itu, kini telah dimiliki oleh tuan Jeff (seperti foto di atas). Walaupun tinggal di Seremban, kandang di Gemencheh. Namun, beliau tetap optimis & komited dalam perniagaan yang berasaskan ternakan kambing. InsyaAllah akan memberi pulangan lumayan jika strategi perniagaan & penternakannya tepat.

Bak kata Sifu Kambing Malaysia, Dr Azizol, "Ubah persepsi penternak kambing, iaitu dengan menyatakan bahawa 'saya nak menjana duit dengan menternak kambing!' BUKANNYA 'saya nak menternak kambing'...... Faham?". "Faahaaam cikguuuu." Jawab kami serentak secara tertib. (Dialog ini tiada kena mengena dengan gambar di atas. Hehehe.)

Sepasang pengantin baru, dipikul naik dengan tertib oleh Jub. Romantik sungguh. Maksud saya kambing boer tuan Jeff yang romantik. Sang isteri menanti sang suami yang baru dinaikkan ke atas pesawat merah. Berbulan madu. Disaksikan pengawal gagah, 20 feral. Semua bakal menjadi warganegeri Gemencheh.

Bro geng kepak dengan wak berbual mesra. Kejap-kejap speaking. Kejap-kejap speaking. Perkataan popular hari ini; sitik-sitik, wetdok, ireng, medang... mantobbb (Hehe, yang terakhir aku reka sendiri).

Gue + Gue jr. bertukar pandangan, berbual panjang dengan tuan Jeff. "Bang, yang saya pentingkan kualiti & servis. Abang boleh pilih kambing yang abang suka. Tak suka takpe. Tak beli pun takpe. Saya Melayu baru. Saya tak merajuk. Saya tak kecik hati. Haha. Yang penting kita berkawan. Sebab. Saya percaya networking dalam perniagaan. Kita berurusan, kalau boleh banyak kali. Bukan sekali aje. Yang penting sama-sama berpuas hati. Abang puas hati ke dengan kambing yang kami tawarkan ni?" "Emmm... Hensem-hensem & cantik-cantik!"

Jadi, bagi pembeli & bakal pembeli (Ya, saudara yang sedang membaca ini). Hubungi:-

Tuan Jeff
+6016-6268841
atau email:
heffny_salleh[at]yahoo[dot]com.


Jika saudara di sekitar Gemencheh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Dapatkan kambing dan bebiri untuk sembelihan, baka, korban & aqiqah. Atau dapatkan semua feral yang hensem, feral yang tegap, feral yang ganas, feral yang manja, feral yang berotot, feral yang berdaging atau feral yang gebu daripada tuan Jeff.

Sementara stok masih ada. Yakinlah. Stok sentiasa & pasti ada. InsyaAllah. Hubungi beliau sekarang. Jika malu, sms pun dilayan.....