30 April 2009

28 April 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya

Tuan/puan (semua dijemput hadir),

JEMPUTAN SEPETANG SANTAP KAMBING SE-MALAYA

Kami dari Kambing Malaya Network menganjurkan majlis temu mesra seperti perkara di atas. Dengan rendah hati, kami menjemput tuan puan sekalian menjamu selera beramai-ramai dan bersua muka sesama kita.

2. Perincian perkara di atas seperti berikut:
  • Tarikh: 1 May 2009 (Jumaat)
  • Masa: 3.ooptg - 10.00mlm
  • Tempat: No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.
  • Personel untuk di hubungi: Iskandar - 0133536740, 60380757920
  • Peta lokasi: KLIK

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.

4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.

5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.

6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.


Sekian terima kasih.


Yang benar,
RIE KAMBING MALAYA
019-2672529, 012-2969763


Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan
"Jaringan Kambing Malaya".

Promosi 1 Mei 2009




21 April 2009

Tawaran Barbados Peranakan Tempatan


Barbados!!!

Macam tak percaya bukan? Baka ini adalah jarang sekali berada dalam pasaran tetapi kami optimis kerana mendapat tempat bagi peminat baka itu sendiri.. Memandangkan baka ini jarang-jarang sekali ditemui mungkin tidak ramai yang menternak @ sebab harga baka pure 'black belly' terlalu mahal, maka kami tawarkan kepada anda:

1) Barbados Black Belly Peranakan Tempatan (perlukan tempahan awal), confirm black belly berkualiti!

Jantan Dewasa RM1800~2000
Dara/Induk RM1500~1800



2) Barbados Cross Peranakan Tempatan (stok terhad).

Jantan Dewasa RM800~1000
Dara/Induk RM550~850


Berminat? hubungi kami segera, nanti diambil orang...

'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'


17 April 2009

Kibas: Bebiri Yang Sering Disebut Dalam Sirah

Haiwan yang bernama kibas yang sering disebut-sebut dalam sirah nabi-nabi.

Bezanya kibas dengan bebiri yang lain ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelopak bunga. Ciptaan yang sama juga Allah kurniakan pada unta yang mana lemak dari badannya menjadi bonggol dibelakangnya.

Menarik bukan?

Yaaaa... Memang jarang untuk kita mendapat baka kibas tulen yang bermutu! Jadi kami bawakan kepada anda baka kibas untuk anda pilih & beli.

Bermutu, sihat & berkualiti itulah yang kami tawarkan kepada anda! Jadi, apa tunggu lagi sementara stok masih masih ada...

Kami tawarkan hanya
RM570/ekor bagi baka betina &
RM630/ekor bagi baka jantan
yang mana berat purata adalah sekitar 35kg.


Hubungi kami sekarang !!
*************

TAZKIRAH SEJENAK

Setelah semua makhluk mati dicabut nyawa oleh Izrail, dan setelah Izrail mencabut nyawanya sendiri, maka matilah semua makhluk.

Hanya Allah yang kekal abadi.

Kemudian Allah menghidupkan semula semua makhluknya. Di Padang Mahsyar, ketika bermulanya pengadilan di mahkamah yang Maha Adil, maka Allah menitahkan Nabi Harun dihadapanNya. Kemudian Allah menjelmakan "Mati" dalam bentuk kibas. Allah menitahkan sekali lagi terhadap Nabi Harun, iaitu untuk menyembelih kibas tersebut. Dengan perintah tersebut , Nabi Harun pun menyembelih kibas itu. Maka, matilah "Mati". Tiada matilah lagi makhluk Allah selepas itu.

Dengan demikian, setiap makhluk yang menjalani hukuman yang maha dahsyat di sana, maka tiada mati lagi bagi mereka. Seksaan akan berulang-ulang sehingga diampunkan Allah.

Ya Allah, Ampunilah dosa kami.....

14 April 2009

Keajaiban Tawaran Kambing Malaya Mei 09

Salam semua,

Ini adalah tawaran terbaru kami untuk di bawa masuk pada Mei 09. Kami semua bercita-cita untuk ke Australia memilih sendiri tempahan yang tuan puan inginkan. Kami akan memestikan setiap satu kambing yang di tempah memenuhi citarasa selera saudara. Tempahlah sekarang dengan tawaran harga yang pasti memikat.

Kini bro redboer sudah hampir 3 minggu ni Aussie untuk mengumpul dan menempah ternakan yang terbaik untuk saudara. Kemudian kami akan menyusul beliau... Tungguuuuu.

GERAKAN CURSOR KE ARAH GAMBAR DI SLAID. KEAJAIBAN AKAN BERLAKU!!!


13 April 2009

Estawa: Penghantaran Ke Nilai 10hb April

Menunggu giliran menaiki penerbangan "Business Class" ke Nilai.

Berbaris, berdisiplin menunggu pemeriksaan pasport dan visa.

Mengambil tempat yang paling selesa.

Berdebar dalam kegembiraan berhijrah ke kandang istimewa.

Pramugara membuat pemeriksaaan keselamatan akhir.

"Pilot" dan "co-pilot" meluncur tersenyum membuat penerbangan ekslusif.



Terima kasih kepada En Rahim kerana memborong estawa kami. Murah & bunting lagi tu.. Saudara yang di sekitar Nilai boleh hubungi En Rahim (012-3059982) untuk mendapatkan susu kambing, jika ada anak yang kena demam kuning. Beliau juga pengusaha & penternak itik telur yang berjaya. Juga memiliki ladang nangka madu di Nilai. Hubungi beliau jika ingin mendapatkan anak itik telur sebagai baka, telur itik atau benih nangka madu.

Stok estawa & saanen yang murah masih ada, yang dibawa masuk untuk anda miliki. Miliki sekarang juga!!!

09 April 2009

Pilih Logo Terbaik Kambing Malaya Network


Salam,
Ini adalah pilihan logo yang akan digunakan oleh
Kambing Malaya Network.
Sila beri komen anda. Komen terbaik kami akan belanja sup boer Kinrara

07 April 2009

Sejenak Melayan, Bebiri Malaya

Salam perkambingbebirian.....

Sebagai peniaga kambing & bebiri tegar, inilah tugas kami di hujung minggu iaitu membuat stock check. Sambil-sambil itu melayan 'anak' yang ada. Di bawah ini sedikit clip yang dapat kami kongsikan bersama kawan-kawan....

.:: Bro Rie melayan bebiri ::.


Seronok bukan?

Inilah kemampuan kami untuk menyediakan apa sahaja jenis kambing dan bebiri yang terbaik untuk anda. Saudara boleh pilih & bawa pulang. Jom tengok lagi!

.:: Bro Zul tak ade keje (bila la dorper nak masuk?)::.

Dapatkan baka bebiri & sembelihan dari kami dengan harga 'boleh beli'!!! Sungguh! Tidak lupa juga, kami masih mempunyai stok boer sembelihan dengan harga paling menarik! Hanya RM480 sahaja (minimum 10 ekor pembelian).

Sekian dahulu buat masa ini.. Walau apa pun, layan dulu video di atas. Selepas itu, hallo hallo lah kami samaada berminat atau tidak. Wajib!! Hahahaha

"Kambing Malaya Network Untuk Anda"