29 May 2009

Pakej Murah gila hanya pada 30/05/2009...

Salam sejahtera...


Seperti mana tawaran lelong saanen & boer kami, tidak lengkap kiranya kami tidak sertakan pakej boer pada hari tersebut! Jadi kami 'lelong' pada harga yang amat sangat wajar untuk anda miliki..


Kami akan 'offer gila' pakej boer pada anda harga yang paling menarik bagi peminat boer aussie yang telah stabil di kandang kami sempena karnival 'Kambing Se-Malaya' nanti..


Bagi yang tidak berkesempatan hadir tu boleh order pada kami secara 'online' dengan email kambingmalaya@yahoo.com @ halo-halo sahaja pun kami terima... Janji kami akan beri anda baka yang terbaik, terberat & insyaallah termurah (tak suka tolak tepi jer)!


1) Pakej boer bagi F1/F2 25kg hanya RM550/ekor dengan belian 10 ekor sahaja
&
hanya RM520/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..


2) Pakej boer bagi F3/F4 25kg hanya RM700/ekor dengan belian 10 ekor sahaja
&
hanya RM670/ekor dengan belian 20 ekor sahaja..

3) Pakej boer induk F1~F4 purata 40kg hanya RM780/ekor dengan belian 5 ekor sahaja &

hanya RM750/ekor dengan belian 10 ekor sahaja..



Jadi apa perlu tunggu? Ohooooooo mai datang karnival kami & nego ler dengan kami nanti!!!! Passssssssssstiiiiiiii Muuuuuuuuuraaaaaaaaahhh...


Nota: Harga ini sah laku pada hari tersebut sahaja!


Belian pukal & tempahan amat kami alu-alukan... Janji kami, Beri Kepuasan Yang Paling Maksimum Buat Anda.. Yang Murah Memang Pasti Murah! Insyaallah Amen..

Saanen Lelong? Murah?

Salam Sejahtera,


Betul tajuk nie... Kalau tak percaya leh halo-halo dengan kami dulu untuk pengesahan TETAPI ianya valid pada hari minum sepetang bersama KMN sahaja & harga akan mengikut pada harga asal selepas tamatnya majlis ini nanti... 5 ekor dara saanen unreg 25~30kg nie adalah antara baka yang akan kami lelong pada hari "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya" nanti! Kami buka tawaran kepada anda semua pada harga bermula RM1,250.00/ekor sahaja.. Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang berminat sila renungkan harga yang anda fikirkan patut untuk dibawa pulang ke kandang anda nanti! Oh ya, lelongan hanya dikandang sahaja, bukan online.. Rebutlah peluang Saanen 'mampu beli' untuk anda miliki segera... Sekali lagi, HANYA 5 EKOR YA KAMI LELONG!



Rie & saanen yang akan dipindah milik..

Zul & saanen manja yang akan mencari tuan baru..


Salam,
Admin KMN

Boer Lelong? Murah? Yaaaaaaaaa...

Salam sejahtera...

Seperti mana tawaran saanen kami, boer juga menjadi pilihan akan kami lelong pada harga yang amat wajar untuk anda miliki.. Oleh itu kami tawarkan pada anda dengan 5 ekor kambing boer F1/F2 dara 25~30kg & 5 ekor saanen cross 25~30kg pada harga 'letup'!


Opssssss datang tu bawa duit deposit & kalu berkenan tu sebat jer (pasti murah!!!).. Kami buka tawaran pada harga serendah RM5,000 sahaja.. Mengikut terma & syarat lelongan! Hahahaha

27 May 2009

ADUN Sijangkang Merasmikan SSK Se-Malaya II

UPDATE 27 MAY 2009!

ADUN SIJANGKANG
YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi,
sudi untuk merasmikan majlis:


30 May 2009, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.

ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:


1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
2.00-2.05ptg: Majlis bermula dengan bacaan doa.
2.05-2.20ptg: Ucapan dan perasmian oleh YB ADUN Sijangkang
2.20-2.30ptg: Ucapan pengenalan Kambing Malaya Network
2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen: Realiti Dunia Perkambingan"
3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
7.00ptg: Bersurai


Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Saiful 012-2846292

Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

************************


Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih di atas maklum balas & sambutan daripada rakan-rakan ternak dan orang perseorangan yang akan menghadiri SSK Se-Malaya II nanti.

Oleh yang demikian, bagi anda yang ingin hadir ke majlis ini nanti, dengan rendah hati, baik kiranya saudara menghubungi:-

Zul 019-3232529 atau Saiful 012-2846292

Ini bagi menjamin kelancaran aturcara majlis, kapasiti makanan & keperluan fasiliti pada majlis ini dengan meminimumlan sebarang kelemahan dan kesulitan.

Cukup sekadar sms... pun ok!

Terima kasih.
Kerjasama anda sangat dihargai.