04 May 2009

Jelajah Ke Felda Papan Timur, Kota Tinggi

Salam, pada 25hb yang lalu saya telah menghantar 20 ekor kambing feral betina dan 5 ekor koplo betina ke Felda Papan Timur, Kota tinggi, Johor. Jauh sungguh!

Tapi, jauh tu terasa hanya pada waktu kami bergerak ke sana. Namun, pada waktu balik ke Selangor, rasa dekat pula. Betul kata orang tua, "pergi pokok menegur, balik ular menyusur". Faham maknanya? Tak faham, tanya atuk-atuk kat umah. Hahaha....
Waktu mengangkut kambing ke dalam lori 3 tan kami. Ini kerana lori kami tidak dapat masuk hingga ke kandang disebabkan jalan terlalu lecak. Jadi, lori 1 tan diperlukan membawa keluar kambing tersebut.

Acara menurunkan kambing ke laluan kandang. Bro Umar, tertunduk-tunduk membetulkan papan yang dipegangnya. Kesian kat pilot, lepas parkir lori, tolong angkut kambing pulak. Jadi, gue rakam gambar, lepas tu tolong dia keluarkan kambing dari belakang lori kami.

Kambing-kambing feral betina yang kami bekalkan. Kebanyakkan sudah bunting dan bertetek dua. Itu permintaan special Bro Umar. Dia tak mahu tetek bercabang atau kembar 3 atau 4. Demi Bro Umar, semua ambing tetek kambing saya raba. "Oit Rie, hari ni ko berbau tetek lah!!". Tegur Pilot & co-pilot saya. Adusss....

Saya berdiskusi dengan Bro Umar. Beliau ni warganegara Singapura, tetapi peranakan Melaka. Berjiwa Melayu sejati, masih bersemangat mengerjakan amalan datuk nenek, menternak kambing. Namun dengan cara yang lebih sistematik dan komersial. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan pasarkan daging kambing ke Singapura. Itu fokus dan cabaran kami yang utama!

Abang Adam, orang kuat di belakang Bro Umar. Tersenyum, berpuas hati dengan kecantikan dan kegebuan kambing yang kami bawa.

Pilot & co-pilot, control hensem bila gue mau rakam gambar. Ini dalam perjalanan pulang. Kami semua dah tak stress apabila kerja selesai.

No comments: