19 December 2009

Kambing Tahun Baru 'Mampu Beli'..


Salam buat anda semua..

Seperti biasa, tawaran kambing sembelihan shipment akan datang pada awal tahun baru 2010 menjanjikan yang terbaik seperti sebelumnya.. Kami menyediakan stok kambing feral secukupnya untuk anda miliki & sememangnya semua kambing feral ini 'CONFIRM' dah salin gigi.. Hahahaha anda tak perlu risau kambing murah @ besar tapi x cukup umur & kambing pelbagai saiz juga boleh anda miliki tanpa 'charge' tambahan!!!

Insyaallah kambing akan turun pada awal bulan tahun baru, ape pun hubungi kami untuk keterangan lanjut ya! Jangan tunggu lame2 kerana kami tidak menjamin lebihan stok selepas kambing turun nanti & belian pukal/1 crate kami alu-alukan.. Nego!!!

- Kambing Feral 35~45kg
- Cukup umur salin 2 batang gigi
RM460/ekor ex-KLIA (minima 20 ekor)

- Kam
bing Boer 35~45kg
RM470/ekor ex-KLIA (minima 20 ekor)

Sekian.

Admin Kambing Malaya


08 December 2009

Baka Boer Tempatan Mampu Beli..


Salam hormat,

Kami dengan sukacitanya menawarkan baka boer tempatan sempena promosi akhir tahun dengan harga runtuh letup.. Lupakan dahulu sementara baka luar dengan matawang yang masih 'membeliakkan mata' kita untuk di miliki TETAPI memilih baka tempatan yang lebih di yakini dengan kesesuaian hidup di kandang anda nanti.. Hahaha

Dengan berbesar hati kami tawarkan:
1) Baka boer dara 25~30kg (30 ekor)
2) Boer induk 30~40kg (40 ekor)

Dengan harga hanya RM750/ekor sahaja untuk kesemuanya.. Insyaallah murah & memuaskan hati para pembeli nanti.. Hahaha x perlu bayar lebih..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut! Cepat sebelum habis di kebas orang..

Admin KMN

20 November 2009

Merino Untuk Aqiqah



Salam,

Ini adalah gambar lama kami dalam menghantar merino ke sebuah kandang di Kajang. kami menghantar merino yang cukup gagah dan gemuk untuk pemilik tersebut.

Ia adalah stok aqiqah penduduk di kawasan itu.



06 November 2009

Damara Tempatan Idaman...

Sekali Lagi,

Bagi yang masih tercari-cari di mana untuk mendapatkan baka damara idaman, kami sediakan baka ini demi merialisasikan impian anda..

Kami sediakan pakej untuk anda:
Baka Damara Dara sunti
Berat sekitar 25~30kg
Stok ade dalam 30 ekor

Harga patut kami buka hanya RM520/ekor bagi belian pukal & bagi belian 'ingin cuba' tu leh la halo2 nego dgn kami... Insyaallah pasti kami terima!!

(Rie 0192672529, Bad 0133992350 & Zul 0193232529)..

Sekian,

Admin@kambingmalaya

03 November 2009

Boer Dara F3/F4 Untuk di Jual


(sekadar gambar hiasan)

Salam Sejahtera..

Kami dengan sukacitanya menawarkan induk/dara boer F3/F4 (b/head la nie) untuk jualan. Kami mempunyai 50ekor untuk anda..!

Spesifikasi:
Dara/Induk Boer 25~35kg
Kuanti 50 ekor

Kami tawarkan hanya dengan RM750/ekor sahaja..
Belian pukal amat kami alu-alukan & harga tu leh NEGO lagi..
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini..

(Rie 0192672529, Bad 0133992350 & Zul 0193232529)..

Sekian,

Admin@kambingmalaya

15 October 2009

Kambing Feral & Bebiri 'Mampu Beli'

Salam..

Tawaran kambing sembelihan untuk shipment akan datang yang lebih menarik & berkualiti.. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan @ tempahan... Tempahan awal & belian borong amatlah kami alu-alukan & bagi buyer kami yang lepas tu kami ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang anda berikan! Insyaallah stok mencukupi bagi tujuan akikah & korban yang akan datang nanti... Stok yang akan kami bawa nanti seperti biasa kambing feral & bebiri!

Sukacitanya kami tawarkan kepada anda:
Feral everage 35~40kg (confirm salin gigi)
Minima belian 10 ekor
Hanya RM460 sahaja..


Bebiri Merino everage 40~50kg
Minima belian 10 ekor

Hanya RM530 sahaja..

Jangan lengahkan lagi, kalau habis nanti tak dapek den nak nolong daaa..
Ape pun akan kami update sekiranya ada sebarang info @ pembetulan..

Sekian terima kasih

Admin Kambing Malaya

HALO KAMI:
019 2672529 Rie
013 3992350 Bad
019 3232529 Zul

07 October 2009

Kambing Saanen & Boer Tempatan

Baka Saanen FB Reg With Cert
Pejantan hanya RM2700 14 bulan 60kg
Induk/Dara hanya RM2500 14 bulan 30~35kg


Baka Boer Tempatan
Induk @ Dara F1/F2 hanya RM600 10~12 bulan 30~35kg

Tawaran hebat lagi menggegarkan!!! Kami menawarkan pada anda baka tenusu saanen harga 'mampu beli' untuk anda miliki.. Hubungi kami bagi anda yang berminat!

Dalam pada itu kami juga ada stok boer F1/F2 dara @ induk yang matang & sesuai untuk pembiak-bakaan di kandang anda nanti.. Insyaallah harga nego!!!

Halo2 kami saja.. Sekian!

Admin Kambing Malaya

10 September 2009

Tawaran Blackhead Dorper Ewes Murahhh...




Kini hanya RM1,500/ekor sahaja!
Tawaran ini sah sehingga 31/10/2009 min belian 5 ekor

Salam Sejahtera,

Sempena bulan ramadan yang mulia & syawal yang bakal menjelma maka kami buka tawaran yang jarang-jarang sekali untuk anda miliki.. Kami mempunyai Blackhead Dorper Ewes sebanyak 30~50 ekor untuk dijual dengan berat purata 40kg, umur 8~12 bln & harga hanya RM1700 sahaja + lum nego...

Jangan risau sebab harga kami boleh nego punye!!! Stok kami ade di Sepang untuk anda pilih & bawa pulang.. Hahaha nanti kawan update photo yg lagi cun untuk tatapan anda..

Sekian,

Admin KMN

02 September 2009

Pembekalan 200~300 Ekor Induk/Dara Boer Kepada KMN

Salam tuan/puan,

Kami dari Kambing Malaya ingin menjemput tuan/puan memberikan quotation pembekalan seperti tajuk di atas. Atas permintaan yang tinggi & faktor kekurangan bekalan baka tempatan maka kami melanjutkan tempoh tawaran. Perincian tentang pembekalan ini adalah seperti berikut:-

1. Kambing Boer
2. Induk yang berumur 8-12bulan
3. Berat 25~30kg
4. Brown head (F3/F4/F5)
5. Sihat tubuh badan
6. Origin kambing tersebut (tempatan atau Ausie)
7. Kuantiti yang mampu di tawarkan (seberapa banyak yang boleh)
8. Harga boleh dirunding (harga yang terbaik untuk anda)

Tarikh tutup penghantaran quotation adalah pada 31hb Oktober 2009.

Quotation hanya perlu di email ke kambingmalaya[at]yahoo[dot]com

Sekian terima kasih,
Admin@kambingmalaya.com
'Bergabung memasarkan baka tempatan adalah objektif kami'

11 August 2009

Tawaran Shipment Akan Datang... Best Gila!

Salam,

Alhamdulillah atas permintaan yang menggalakkan, 'SEKALI LAGI' kami sediakan 'Harga Leleh' bagi baka yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat kambing. Jangan malu2 ya untuk kepastian harga, order atau apa sahaja walau cuma sms (best kalau halo halo)!

Ketepikan nilai matawang yang masih meningkat @ keadaan iklim sejuk di Aussie ketika ini!!!
Kami sediakan senarai pendek harga terkini untuk shipment akan datang (ex-KLIA):

Baka Boer:

1) Pejantan Boer Fullblood Register (>55kg) RM2,500
2) Betina Purebreed (>30kg) RM1,250
3) Betina F4/F5 (25~30kg) RM1,050
4) Betina F3/F4 (25~30kg) RM950
5) Betina F1/F2 (25~30kg) RM750

Baka Tenusu (HARGA DEBOOMM):

1) Pejantan Saanen, Toggenburg, British Alpine & Anglo Nubian.
Fullblood Register (>50kg) RM2,400
2) Betina Saanen, Toggenburg, British Alpine & Agnlo Nubian.
Fullblood Register (28~35kg) RM2,300

Sembelihan:

1) Boer Weather (>35kg) RM480
2) Feral (>35kg) RM460

Sekian,

019-2672529 Rie
019-3232529 Zul

'KEPUASAN ANDA PILIHAN KAMI'

23 July 2009

Harga Leleh Buat Anda...

Salam,

Kami dengan sukacitanya menawarkan kepada anda 'dairy goat' mampu beli, boleh beli & mampu milik dengan harga yang paling rendah dipasaran.. Iya la nie, murah saje untuk promosi kali nie.... Kami tawarkan kepada anda:

1) Pejantan Saanen FB Reg. with cert >40kg hanya RM2400 sahaja (5 jantan).

2) Dara/Induk Saanen FB Reg. with cert 30kg hanya RM2300 Sahaja (30 betina).

Sila halo/sms/email kepada kami untuk maklumat lanjut saanen murah nie nak bandingkan dengan harga pasaran sekarang memang tak dpt la kwn nak tolong... So, jangan lepaskan peluang untuk miliki hanya promosi kali ini.. Hahahaha

sekian kali nie,

Admin KMN

19 July 2009

Shipment Julai 2009

Sepasang British Alpine yang bakal tiba di Malaya

Salam sejahtera,

Dalam kami sibuk menyediakan bekalan boer dara tempatan & Aussie, kami juga tidak lupa dengan shipment terkini iaitu pada Julai 2009. Oleh itu, kami masih mempunyai stok untuk anda miliki!

Jangan berlengah lagi, kami mahu clearance stok ini dengan harga yang berpatutan & insyaallah stok akan tiba akhir bulan (ex-klia). Jom serbu & dapatkan saiz yang besar iaitu >40kg!!!
Tawaran terhad:
1) Feral sembelihan >35kg hanya RM460/ekor
2) Boer sembelihan >35kg hanya RM480/ekor
3) Female Boer F4/F5 >35kg hanya RM1250/ekor
4) Sepasang Toggenburg & British Alpine (nego lor untuk harga)

Berminat & nego price? Halo saja atau sms dengan kami sebelum orang lain kebas.!

Tunggu!! Ada tawaran meletup lagi untuk shipment akan datang!!!

Sekian
Admin KMN

17 July 2009

Pembekalan Napier Kepada KMN

Salam,

Kami memerlukan napier dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, kami meminta kepada sesiapa yang mempunyai stok atau ladang napier yang luas menghubungi kami untuk pembekalan. Perincian seperti di bawah:

1. Jenis: Napier Taiwan atau Napier India.
2. Kuantiti: 5 tan/hari
3. Bekalan: Napier segar atau silaj
4. Jangkamasa bekalan: 2 bulan (Ogos & September)

Sesiapa yang berminat boleh hantarkan qoutation kepada kambingmalaya[at]yahoo.com atau hubungi Rie(019-2672529), Zul(019-3232529) atau Bad(013-3992350).

Sekian terima kasih

09 July 2009

Saanen Untuk jualan

..:: Dara Saanen FB Reg. 30kg ::.
..:: Induk Saanen buat tatapan anda ::..
..:: Kami sudah stabil di Malaya ::..
..:: Rakan kami pun sudah ada yang bunting ::..
..:: Kenapa perlu bayar mahal? ::..
Salam sejahtera..
Selamat berjumpa kembali setelah lama menyepi.

Maklumlah akhir-akhir ini kami pun sibuk dengan kerja hakiki. Apa yang pasti tawaran kali ini adalah yang betul-betul menarik perhatian!!! Tidak lain & tidak bukan mesti lah 'Dairy Goat' kami yang telah stabil & lebih 8 bulan tanah air terchenta ini.

Harga yang kami tawarkan adalah yang terendah atau sama dengan harga yang dibawa masuk hari ini dari luar negara. Bukan mudah untuk menstabilkan atau melihat kambing ini bersedia untuk dibiakkan. Tetapi, inilah yang anda semua perlu lihat dan ambil berat dalam pembelian baka saanen.

Bagi yang teruja dengan tawaran kami, apa yang anda perlu buat adalah halo sahaja kami, lihat sendiri, pilih sendiri & nego dengan kami.. Mudahkan? Pilih kambing yang telah berada di depan mata anda. Hihihi....
Dara saanen FB reg with cert hanya RM2,950.00
Berat 30kg (dara/bunting)
stok 30~50 ekor
Dara saanen FB unreg hanya RM1,600.00
Berat 30kg (dara)

Limited stok
Pejantan FB reg with cert hanya RM3+++
Berat 40kg
Pejantan FB unreg hanya
RM2+++
Berat 40kg

Nota: Bagi yang memerlukan baka saanen atau anglo nubian tempatan, kami mempunyai stok yang banyak samada jantan, dara & induk (ready milk).. Halo saja lorr!

11 June 2009

Mencari Kejayaan & Kekayaan

Kata-kata hikmah ulama cendekiawan terulung Nusantara, Prof Hamka:

Peluang keemasan datang secara tiba-tiba,
Datang tidak menentu masa,
Datang ketika kita dalam kesusahan atau kesempitan,

Nilailah peluang itu secara bijaksana,
Rebutlah peluang itu,
Kerana ia boleh berlalu secara tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk menolak peluang keemasan itu.

05 June 2009

15 Dayang: Menetap di Pasir Panjang, Melaka..

..::Stok Estawa kami banyak lagi nie::..
..::Pssssttt nak kemana nie? Entah la::..
..::Persiapan akhir sebelum perjalanan::..
..::Hehe my bodyguard.. Kite dah sampai la::..
..::Kandang baru tersergam indah::..
..::Cantik & kemas.. Mahal lorrrrr::..
..:: Hati-hati bang oiiii.. Jalan jauh tau tadi::..
..::Best gak la umah baru kite nie::..
..::Fuuuhhh lega dah selesai::..

Alhamdulillah perjalanan jauh penghantaran Estawa ke Pasir Panjang, Melaka pada 02/06/2009.. Hahaha lepas nie org melaka dapat la merasa susu estawa En. Md Nor kite (order lagi ya)! Bagi sesiapa yang berminat baka estawa tu boleh la hubungi kami, ready stok masih ade lagi, bulu dah licin & x perlu nak kuarantin lagi... Hahaha

04 June 2009

SSK Se-Malaya II: Dalam Sinar Harian (3 Jun 09)


Jaringan ICT Bantu Penternak Bumiputera Tingkat Ekonomi

KEBUN BARU – Gabungan beberapa ladang kambing yang terdapat di daerah ini dalam usaha membentuk satu kumpulan kecil memberi peluang kepada penternak bumiputera sama ada baru dan lama mendapat informasi berguna. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, teknologi maklumat hari ini memberi peluang kepada penternak muda untuk berkecimpung dalam dunia penternakan kambing.

Menurutnya, pelbagai cara dapat menarik minat penternak baru dan lama untuk terus mengusahakan penternakan sebagai salah satu punca rezeki selain memberi peluang kepada mereka berbudi dengan binatang ternakan.

“Selain itu, jaringan pengimport, pemasaran, pembekal dan penternak kambing ini memberi peluang kepada kumpulan ini mewujudkan strategi penternakan yang terbaik terutamanya kepada penternak baru.

“Difahamkan projek ini juga membekalkan baka kambing boer, jamnapari, katjang, feral dan kacukan dengan harga yang terbaik kepada penternak yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II, di Ladang Al Falah, Jalan Bangau, Batu 9, Kebun Baru dekat sini.

Menurut Ahmad Yunus, beliau menggalakkan golongan belia kampung menceburi bidang penternakan ini selain dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Katanya, bagi membantu krisis ekonomi pada hari ini golongan belia disarankan agar melibatkan diri dengan aktiviti perladangan, pertanian dan penternakan seterusnya mampu memberi impak kepada pendapatan keluarga mereka.

“Pihak ADUN juga amat berbesar hati sekiranya program seumpama ini dapat membentuk sebuah rangkaian hebat dalam masyarakat setempat."

“Pemilihan kawasan dan teknologi terkini dalam penternakan juga membantu meningkatkan keupayaan penternak menghasilkan produk yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, penganjur program, wujudnya jaringan Kambing Malaya Network ini sebagai salah satu cara merapatkan hubungan baik dalam kalangan penternak kecil di daerah ini.

Katanya, jaringan ini juga membantu penternak kecil meningkatkan industri penternakan kambing selain menggalakkan mereka menambahkan pendapatan.

“Selain itu, konsep informasi melalui jaringan teknologi maklumat juga membantu meningkatkan ilmu dan pendedahan dalam bidang ini.

“Kerjasama masyarakat dan pemimpin setempat secara berterusan amat diharapkan dan mem bantu meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.


* Untuk baca versi yang sama di SINAR HARIAN sila KLIK

03 June 2009

Berniaga Itu Beramal Jika....

Salam sejahtera,

Alhamdulillah bermula pada bulan Jun 2009, akan diadakan jualan pakej aqiqah 'MAMPU BELI' & juga "Berniaga Itu Beramal Jika......" Idea yang selama ini difikirkan, mesti kami diteruskan dalam berkongsi bersama tuan sedikit keuntungan semua melalui hadiah/sedekah kepada pihak yang memerlukan.

Buat permulaan, keuntungan sebanyak RM50 akan kami salurkan kepada Institut Tahfiz Darul Quran. Kami juga berhasrat untuk memperluaskan lagi kerjasama sosial dengan semua yang berminat.

Atas usaha ini, kami meminta kerjasama rakan-rakan memberi senarai pendek untuk duit tabung ini disalurkan kepada pihak yang berkaitan (nama, tel & no akaun).

Mencuba dengan sekadar kemampuan yang ada.
1) Pusat Kebajikan
2) Rumah Anak Yatim
3) Sekolah Agama/Rakyat
4) dan sebagainya

Berikut pakej sembelihan bermula pada bulan Jun 2009:-

PAKEJ A (MAMPU BELI)
Seekor kambing Feral
Berat 30~35kg
Sembelih & lapah hanya RM580
(tidak termasuk kos penghantaran)


PAKEJ B (BERAMAL)
Seekor kambing Feral
Berat 30~35kg
Sembelih & lapah hanya RM580+RM50*=RM630
*RM50 adalah untuk Tabung Amal Tuan dan Kami
(tidak termasuk kos penghantaran)

********************
Komen, tdea & buah fikiran anda semua amat kami alu-alukan demi kebahagiaan ummah!

Sebarang pertanyaan & tempahan bolehlah berhubung terus kepada kami (Zul & Rie)..

'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'

01 June 2009

Tawaran Feral Sembelihan 'Boleh Beli'

Salam sejahtera..

Kami di Kambing Malaya Network ingin menawarkan kepada anda stok feral sembelihan. Alhamdulillah dengan permintaan yang semakin meningkat terutamanya kawasan lembah klang serta sekitar menyebabkan kami sesak nafas juga stok kambing sembelihan, lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah, kenduri khatan & sana-sini kenduri-kendara.. Anda jangan risau, belian runcit, pukal & borong amat kami alu-alukan! Insya Allah stok memang mencukupi & sentiasa ada...


1) Tawaran Feral sembelihan dengan harga RM430/ekor (belian 10 ekor) Berat 30~35kg ..(ex-farm)



2) Tawaran Feral sembelihan dengan harga RM445/ekor (belian 5 ekor) Berat 30~35kg ..(ex-farm)



3) Tawaran Boer sembelihan dengan harga RM520/ekor (belian 10 ekor) Berat 35kg ..(ex-farm)



4) Tawaran Boer sembelihan dengan harga RM550/ekor (belian 5 ekor) Berat 35kg ..(ex-farm)

Jadi ape lengah lagi, dah murah lagi membuat anda teruja (boleh pilih ya).. Hubungi kami untuk keterangan lanjut ya... Nego? Kat kandang cite... Hahahahaha

Nota:- Jualan baka boer Aussie 'BOLEH BELI' mendapat sambutan luar biasa, jadi kami sediakan secukupnya lagi untuk anda borong.. (Hot Item)