11 June 2009

Mencari Kejayaan & Kekayaan

Kata-kata hikmah ulama cendekiawan terulung Nusantara, Prof Hamka:

Peluang keemasan datang secara tiba-tiba,
Datang tidak menentu masa,
Datang ketika kita dalam kesusahan atau kesempitan,

Nilailah peluang itu secara bijaksana,
Rebutlah peluang itu,
Kerana ia boleh berlalu secara tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk menolak peluang keemasan itu.

05 June 2009

15 Dayang: Menetap di Pasir Panjang, Melaka..

..::Stok Estawa kami banyak lagi nie::..
..::Pssssttt nak kemana nie? Entah la::..
..::Persiapan akhir sebelum perjalanan::..
..::Hehe my bodyguard.. Kite dah sampai la::..
..::Kandang baru tersergam indah::..
..::Cantik & kemas.. Mahal lorrrrr::..
..:: Hati-hati bang oiiii.. Jalan jauh tau tadi::..
..::Best gak la umah baru kite nie::..
..::Fuuuhhh lega dah selesai::..

Alhamdulillah perjalanan jauh penghantaran Estawa ke Pasir Panjang, Melaka pada 02/06/2009.. Hahaha lepas nie org melaka dapat la merasa susu estawa En. Md Nor kite (order lagi ya)! Bagi sesiapa yang berminat baka estawa tu boleh la hubungi kami, ready stok masih ade lagi, bulu dah licin & x perlu nak kuarantin lagi... Hahaha

04 June 2009

SSK Se-Malaya II: Dalam Sinar Harian (3 Jun 09)


Jaringan ICT Bantu Penternak Bumiputera Tingkat Ekonomi

KEBUN BARU – Gabungan beberapa ladang kambing yang terdapat di daerah ini dalam usaha membentuk satu kumpulan kecil memberi peluang kepada penternak bumiputera sama ada baru dan lama mendapat informasi berguna. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, teknologi maklumat hari ini memberi peluang kepada penternak muda untuk berkecimpung dalam dunia penternakan kambing.

Menurutnya, pelbagai cara dapat menarik minat penternak baru dan lama untuk terus mengusahakan penternakan sebagai salah satu punca rezeki selain memberi peluang kepada mereka berbudi dengan binatang ternakan.

“Selain itu, jaringan pengimport, pemasaran, pembekal dan penternak kambing ini memberi peluang kepada kumpulan ini mewujudkan strategi penternakan yang terbaik terutamanya kepada penternak baru.

“Difahamkan projek ini juga membekalkan baka kambing boer, jamnapari, katjang, feral dan kacukan dengan harga yang terbaik kepada penternak yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II, di Ladang Al Falah, Jalan Bangau, Batu 9, Kebun Baru dekat sini.

Menurut Ahmad Yunus, beliau menggalakkan golongan belia kampung menceburi bidang penternakan ini selain dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Katanya, bagi membantu krisis ekonomi pada hari ini golongan belia disarankan agar melibatkan diri dengan aktiviti perladangan, pertanian dan penternakan seterusnya mampu memberi impak kepada pendapatan keluarga mereka.

“Pihak ADUN juga amat berbesar hati sekiranya program seumpama ini dapat membentuk sebuah rangkaian hebat dalam masyarakat setempat."

“Pemilihan kawasan dan teknologi terkini dalam penternakan juga membantu meningkatkan keupayaan penternak menghasilkan produk yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, penganjur program, wujudnya jaringan Kambing Malaya Network ini sebagai salah satu cara merapatkan hubungan baik dalam kalangan penternak kecil di daerah ini.

Katanya, jaringan ini juga membantu penternak kecil meningkatkan industri penternakan kambing selain menggalakkan mereka menambahkan pendapatan.

“Selain itu, konsep informasi melalui jaringan teknologi maklumat juga membantu meningkatkan ilmu dan pendedahan dalam bidang ini.

“Kerjasama masyarakat dan pemimpin setempat secara berterusan amat diharapkan dan mem bantu meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.


* Untuk baca versi yang sama di SINAR HARIAN sila KLIK

03 June 2009

Berniaga Itu Beramal Jika....

Salam sejahtera,

Alhamdulillah bermula pada bulan Jun 2009, akan diadakan jualan pakej aqiqah 'MAMPU BELI' & juga "Berniaga Itu Beramal Jika......" Idea yang selama ini difikirkan, mesti kami diteruskan dalam berkongsi bersama tuan sedikit keuntungan semua melalui hadiah/sedekah kepada pihak yang memerlukan.

Buat permulaan, keuntungan sebanyak RM50 akan kami salurkan kepada Institut Tahfiz Darul Quran. Kami juga berhasrat untuk memperluaskan lagi kerjasama sosial dengan semua yang berminat.

Atas usaha ini, kami meminta kerjasama rakan-rakan memberi senarai pendek untuk duit tabung ini disalurkan kepada pihak yang berkaitan (nama, tel & no akaun).

Mencuba dengan sekadar kemampuan yang ada.
1) Pusat Kebajikan
2) Rumah Anak Yatim
3) Sekolah Agama/Rakyat
4) dan sebagainya

Berikut pakej sembelihan bermula pada bulan Jun 2009:-

PAKEJ A (MAMPU BELI)
Seekor kambing Feral
Berat 30~35kg
Sembelih & lapah hanya RM580
(tidak termasuk kos penghantaran)


PAKEJ B (BERAMAL)
Seekor kambing Feral
Berat 30~35kg
Sembelih & lapah hanya RM580+RM50*=RM630
*RM50 adalah untuk Tabung Amal Tuan dan Kami
(tidak termasuk kos penghantaran)

********************
Komen, tdea & buah fikiran anda semua amat kami alu-alukan demi kebahagiaan ummah!

Sebarang pertanyaan & tempahan bolehlah berhubung terus kepada kami (Zul & Rie)..

'KAMBING MALAYA NETWORK UNTUK ANDA'

01 June 2009

Tawaran Feral Sembelihan 'Boleh Beli'

Salam sejahtera..

Kami di Kambing Malaya Network ingin menawarkan kepada anda stok feral sembelihan. Alhamdulillah dengan permintaan yang semakin meningkat terutamanya kawasan lembah klang serta sekitar menyebabkan kami sesak nafas juga stok kambing sembelihan, lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah, kenduri khatan & sana-sini kenduri-kendara.. Anda jangan risau, belian runcit, pukal & borong amat kami alu-alukan! Insya Allah stok memang mencukupi & sentiasa ada...


1) Tawaran Feral sembelihan dengan harga RM430/ekor (belian 10 ekor) Berat 30~35kg ..(ex-farm)



2) Tawaran Feral sembelihan dengan harga RM445/ekor (belian 5 ekor) Berat 30~35kg ..(ex-farm)



3) Tawaran Boer sembelihan dengan harga RM520/ekor (belian 10 ekor) Berat 35kg ..(ex-farm)



4) Tawaran Boer sembelihan dengan harga RM550/ekor (belian 5 ekor) Berat 35kg ..(ex-farm)

Jadi ape lengah lagi, dah murah lagi membuat anda teruja (boleh pilih ya).. Hubungi kami untuk keterangan lanjut ya... Nego? Kat kandang cite... Hahahahaha

Nota:- Jualan baka boer Aussie 'BOLEH BELI' mendapat sambutan luar biasa, jadi kami sediakan secukupnya lagi untuk anda borong.. (Hot Item)