18 March 2009

Shipment Terkini

Bagi menjamin stok kambing untuk Jaringan Kambing Malaya mencukupi, kami dengan semangat yang jitu & dompet yang sayu. Mempertaruhkan semangat keusahawanan membawa masuk 2 crake boer sembelihan dan 3 crake kambing untuk baka.

Bersama sahabat-sahabat sejati, Bro Rie & Bro Bad membakar semangat kami membawa balik stok baru ini ke Batu Pahat, Muar, Banting dan Jenjarom. Sangat membanggakan, apabila usahasama bersama antara Binaternak, OrgaagrO, Fanagri, Dusun Agro & PB Ramunia membuahkan hasil yang membanggakan.
Jaringan kerjasama ini akan kami perluaskan dengan kandang-kandang yang lain yang sudi bekerjasama dengan kami. Yang mempunyai impian dan cita-cita sebesar Himalaya seperti kami.


Mungkin dengan kemasukan shipment yang kedua ini pengalaman kami dan jaringan perniagaan ini semakin luas.
Percayalah. Kami hanya mengambil masa 4 minggu sahaja untuk menjayakan proses membawa masuk stok 5 crake. Jika sistem kerja yang kami amalkan ini memudahkan semua jaringan kami. Kenapa bukan anda salah seorang daripadanya?
Kami sanggup bersusah payah dan mengeluarkan modal yang lebih demi janji perkhidmatan yang terbaik. Apa yang kami janjikan itulah yang diterima.


Tidak mustahil untuk membekalkan stok kambing sembelihan atau baka setiap minggu kepada anda. Walau di Sabah atau Sarawak!

Inilah sebahagian kambing boer sembelihan yang dibawa masuk dari Aussie. Gemuk. Sehat. Berdaging.

Oleh itu, kami memberi pilihan kepada anda untuk membelinya secara timbang hidup rm16/kg atau secara pukal RM520/ekor dengan pembelian minimum.

Namun begitu, untuk dapatkan harga yang menarik tertarik & daboom, sila hubungi kami sekarang. Berdiskusi memberi nilai sensasi pada poket anda. Hahahaha...


Hubungi kami sekarang!!!!!!!!!!!!!

No comments: