13 April 2009

Estawa: Penghantaran Ke Nilai 10hb April

Menunggu giliran menaiki penerbangan "Business Class" ke Nilai.

Berbaris, berdisiplin menunggu pemeriksaan pasport dan visa.

Mengambil tempat yang paling selesa.

Berdebar dalam kegembiraan berhijrah ke kandang istimewa.

Pramugara membuat pemeriksaaan keselamatan akhir.

"Pilot" dan "co-pilot" meluncur tersenyum membuat penerbangan ekslusif.



Terima kasih kepada En Rahim kerana memborong estawa kami. Murah & bunting lagi tu.. Saudara yang di sekitar Nilai boleh hubungi En Rahim (012-3059982) untuk mendapatkan susu kambing, jika ada anak yang kena demam kuning. Beliau juga pengusaha & penternak itik telur yang berjaya. Juga memiliki ladang nangka madu di Nilai. Hubungi beliau jika ingin mendapatkan anak itik telur sebagai baka, telur itik atau benih nangka madu.

Stok estawa & saanen yang murah masih ada, yang dibawa masuk untuk anda miliki. Miliki sekarang juga!!!

3 comments:

Unknown said...

salam, kenapa estawa? Bukan Jamnapari Ettawa ke boss?

Kambing Malaya said...

Estawa adalah kacukan dlm keluarga jamnapari tetapi khas untuk produk susu (jawarandu)... Lain pula dgn peranakan etawa tu... Jamnapari ade bnyk spec untuk makluman saudara semua... ZUL KMN

Rie said...

ettawa = Selalu di sebut PE atau Peranakan ettawa. Selalunya berwarna putih dan berkepala hitam atau coklat. Bukan baka untuk susu.

estawa = Mempunyai darah saanen untuk tujuan susu. atau juga dipanggil jawa putih atau jawa randu.

sekian
Rie