28 April 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya

Tuan/puan (semua dijemput hadir),

JEMPUTAN SEPETANG SANTAP KAMBING SE-MALAYA

Kami dari Kambing Malaya Network menganjurkan majlis temu mesra seperti perkara di atas. Dengan rendah hati, kami menjemput tuan puan sekalian menjamu selera beramai-ramai dan bersua muka sesama kita.

2. Perincian perkara di atas seperti berikut:
  • Tarikh: 1 May 2009 (Jumaat)
  • Masa: 3.ooptg - 10.00mlm
  • Tempat: No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.
  • Personel untuk di hubungi: Iskandar - 0133536740, 60380757920
  • Peta lokasi: KLIK

3. Di majlis ini juga kami menyediakan hidangan istimewa kambing boer BBQ, boer panggang (grill) dan sup kambing boer dengan 50% discount pembayaran. Namun begitu, terdapat juga hidangan-hidangan lain.

4. Kami juga menyediakan Set Karaoke secara percuma untuk tuan puan menyumbangkan nyanyian. Ini kerana, kami tahu suara tuan puan semua merdu-merdu belaka. Bukan itu sahaja, jika tiada halangan kami akan menyediakan Zoo Mini Kambing di sana.

5. Di samping itu, bagi bakal-bakal penternak, penternak-penternak dan doktor-doktor haiwan, kami menyediakan suatu ruang khas untuk sesi Tuisyen Kambing antara sesama kita. Ini penting untuk kita semua berkongsi maklumat dan tips penjagaan dan perniagaan kambing.

6. Semuanya kami sediakan untuk kemudahan dan kerjasama kita semua. Semoga usaha kami yang kecil ini dapat membantu perniagaan kambing tuan puan. Dalam masa yang sama memeriahkan industri penternakan kambing negara.


Sekian terima kasih.


Yang benar,
RIE KAMBING MALAYA
019-2672529, 012-2969763


Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan
"Jaringan Kambing Malaya".

No comments: