Acara menurunkan kambing ke laluan kandang. Bro Umar, tertunduk-tunduk membetulkan papan yang dipegangnya. Kesian kat pilot, lepas parkir lori, tolong angkut kambing pulak. Jadi, gue rakam gambar, lepas tu tolong dia keluarkan kambing dari belakang lori kami.
Kambing-kambing feral betina yang kami bekalkan. Kebanyakkan sudah bunting dan bertetek dua. Itu permintaan special Bro Umar. Dia tak mahu tetek bercabang atau kembar 3 atau 4. Demi Bro Umar, semua ambing tetek kambing saya raba. "Oit Rie, hari ni ko berbau tetek lah!!". Tegur Pilot & co-pilot saya. Adusss....
Saya berdiskusi dengan Bro Umar. Beliau ni warganegara Singapura, tetapi peranakan Melaka. Berjiwa Melayu sejati, masih bersemangat mengerjakan amalan datuk nenek, menternak kambing. Namun dengan cara yang lebih sistematik dan komersial. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan pasarkan daging kambing ke Singapura. Itu fokus dan cabaran kami yang utama!
Abang Adam, orang kuat di belakang Bro Umar. Tersenyum, berpuas hati dengan kecantikan dan kegebuan kambing yang kami bawa.
Pilot & co-pilot, control hensem bila gue mau rakam gambar. Ini dalam perjalanan pulang. Kami semua dah tak stress apabila kerja selesai.
No comments:
Post a Comment