10 May 2009

Penghijrahan ke Gemencheh, Nogori Sembilan

Alhamdulillah..... Syukur ke Hadrat Ilahi.

Petang tadi. 9 hb May. 20 ekor feral yang hensem. Sepasang boer yang romantik. Sepasang damara yang "bagai pinang dibelah dua". Telah selamat berhijrah ke Tanah Penuh Adat.

Mungkin disebabkan terdapatnya dua pasangan yang baru berkahwin. Bersama-sama rombongan ini. Maka, perjalanan berlalu dengan indah & damai. Mungkin ada kaitannya dengan keberkatan pasangan tersebut yang berkahwin muda (setelah cukup usia). Ini kerana, dengan perkahwinan, InsyaAllah dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. Amen... (errr... tazkirah ke ni?).

Kambing & bebiri yang kami tawarkan itu, kini telah dimiliki oleh tuan Jeff (seperti foto di atas). Walaupun tinggal di Seremban, kandang di Gemencheh. Namun, beliau tetap optimis & komited dalam perniagaan yang berasaskan ternakan kambing. InsyaAllah akan memberi pulangan lumayan jika strategi perniagaan & penternakannya tepat.

Bak kata Sifu Kambing Malaysia, Dr Azizol, "Ubah persepsi penternak kambing, iaitu dengan menyatakan bahawa 'saya nak menjana duit dengan menternak kambing!' BUKANNYA 'saya nak menternak kambing'...... Faham?". "Faahaaam cikguuuu." Jawab kami serentak secara tertib. (Dialog ini tiada kena mengena dengan gambar di atas. Hehehe.)

Sepasang pengantin baru, dipikul naik dengan tertib oleh Jub. Romantik sungguh. Maksud saya kambing boer tuan Jeff yang romantik. Sang isteri menanti sang suami yang baru dinaikkan ke atas pesawat merah. Berbulan madu. Disaksikan pengawal gagah, 20 feral. Semua bakal menjadi warganegeri Gemencheh.

Bro geng kepak dengan wak berbual mesra. Kejap-kejap speaking. Kejap-kejap speaking. Perkataan popular hari ini; sitik-sitik, wetdok, ireng, medang... mantobbb (Hehe, yang terakhir aku reka sendiri).

Gue + Gue jr. bertukar pandangan, berbual panjang dengan tuan Jeff. "Bang, yang saya pentingkan kualiti & servis. Abang boleh pilih kambing yang abang suka. Tak suka takpe. Tak beli pun takpe. Saya Melayu baru. Saya tak merajuk. Saya tak kecik hati. Haha. Yang penting kita berkawan. Sebab. Saya percaya networking dalam perniagaan. Kita berurusan, kalau boleh banyak kali. Bukan sekali aje. Yang penting sama-sama berpuas hati. Abang puas hati ke dengan kambing yang kami tawarkan ni?" "Emmm... Hensem-hensem & cantik-cantik!"

Jadi, bagi pembeli & bakal pembeli (Ya, saudara yang sedang membaca ini). Hubungi:-

Tuan Jeff
+6016-6268841
atau email:
heffny_salleh[at]yahoo[dot]com.


Jika saudara di sekitar Gemencheh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Dapatkan kambing dan bebiri untuk sembelihan, baka, korban & aqiqah. Atau dapatkan semua feral yang hensem, feral yang tegap, feral yang ganas, feral yang manja, feral yang berotot, feral yang berdaging atau feral yang gebu daripada tuan Jeff.

Sementara stok masih ada. Yakinlah. Stok sentiasa & pasti ada. InsyaAllah. Hubungi beliau sekarang. Jika malu, sms pun dilayan.....

No comments: